Oleh kerana kekurangan ikan ketutu untuk di jual dan pesanan dari pelanggan agak mendesak, saya telah meminta adik ipar saya untuk menghantar 25 ekor ikan peliharaan kami di Sg Petani ke Petaling Jaya. Ikan ikan ini telah di bela lebih dua setengah tahun dan melalui pelbagai cabaran sebelum mencapai berat yang di kehendaki. Purata ikan ini adalah 1 kilo dengan ada yang lebih sehingga 1.3 kg dan ada hanya 850gm. Semua telah di jual dalam masa sehari.
Ikan ikan ini benihnya di tangkap di lombong lombong di sekitar chenderiang dan batu gajah (elephant stone). Ikan ikan ini pada mulanya di beri makan udang yang telah di buang kulit. Setelah di latih, ia nya mula memakan ikan potong setiap dua hari pada tahun lepas. Berat nya hanya mencapai 500gm se ekor. Pada awal tahun 2007, apabila kami berjumpa teknik baru supaya ikan ikan ini suka makan dan cepat besar, ia nya memakan ikan baja potong setiap hari. Dalam masa setahun berat ikan telah naik diantara 400-600gm seekor.
Pada masa ini kami sedang memcuba beberapa teknik terbaru dalam pemeliharaan ikan ini untuk memudahkan operasi kerja dan masih mendapat hasil yang di kehendaki. Percubaan kami adalah dari segi teknik pemeliharaan dan pemakanan ikan ikan ini. Semua ikan di dalam posting ini adalah dari kolam kami di Sg Petani.
Ikan ikan ini mempunyai ekor yang sangat bulat dan pipi yang montok. Bagaimana pun dari segi rupa badan ianya lebih menyerupai ikan liar lombong dan bukan yang di beli dalam kolam konkrit.
eof
No comments:
Post a Comment